I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Saturday 24 March 2012

BEST NYA SEKOLAH HARI SABTU...


Best nya sekolah hari sabtu...

Awal-awal pagi keluarga ku sudah bangun....Mereka ada yang pergi ke Ipoh sebab Majlis Perkahwinan Sepupu saya belah bapa saya....saya ingat nak pergi....tapi tak apa lah....sebab saya nak pergi Sekolah Ganti....tapi Sekolah Ganti tu sepatut nya dah ganti tapi semasa hari nak di gantikan ada Majlis Tadrus Al-Quran Peringkat Sekolah...jadi pihak sekolah tukar tarikh ganti sekolah kepada 24/3/2012....

Selepas mereka iaitu Ibu bapa saya,abang dan kakak saya pergi
Ipoh...baru lah saya pergi sekolah.Bila datang saja kat sekolah,rasa macam sikit orang.Tapi saya suka kelas saya sikit daripada sekolah biasa...sebab suasana nya sepi...Selepas datang saja kat sekolah...terus naik kelas.Kat kelas saya iaitu 1 Kuning cuma ada 16 orang saja...tulah saya suka.Waktu pertama ialah BM,Cikgu datang cam garang....tapi masuk je cikgu jadi senyum...Cikgu kata kat kelas 1 Kuning nak belajar apa hari ni...cerpen atau drama...satu kelas pilih drama.Tapi bukan belajar pun,kitaorang belakon,buat drama di dalam kelas...memang best masa tu ramai suka dan seronok buat Drama...Habis bunyi loceng kedua...baru lah MA iaitu mathematics,masa tu lah best sebab boleh fokus...cikgu math pun kata 'Kan best sekolah hari sabtu...boleh fokus, x de bising dan boleh cikgu tolong'...

Habis saja math terus rehat...kantin pun tak ramai senang nak beli makan dan senang nak makan... sebab banyak meja yang kosong.Bila habis je waktu rehat...terus naik kelas....apabila naik kelas...kelas
1 Kuning belajar BI...Cikgu BI pun suka kelas senyap x de bising macam hari persekolahan.Cikgu BI ajar 1 Kuning sekejap lepas tu cikgu bagi kitaorang bercakap...Habis je BI terus AGAMA tapi ustazah x datang cikgu Geografi kita yang Ganti..tapi cikgu tu pun lepas habis agama duduk kelas 1 Kuning sebab subjek GEOGRAFI untuk kelas 1 Kuning.

Kalau kelas agama saya campur dengan murid islam
1 Hijau iaitu kelas bawah 1 Kuning...cikgu pun tak tahu buat apa 2.,lepas tu murid2 suruh cikgu buat kuiz geo antara kelas 1 Kuning dengan 1 Hijau...cikgu pun setuju..bila cikgu bagi soalan kitaorang bersaing...akhirnya 1 Kuning menang...apabila habis AGAMA,terus subjek GEO.Tiba-tiba kelas atas 1 Kuning iaitu 1 Oren datang kelas kitaorang sebab cikgu diorang x datang..jadi cikgu buat lagi sekali kuiz geo antara kelas 1 Kuning dan 1 Oren...akhirnya 1 Kuning memang dengan beza 1 markah dengan 1 Oren.Bunyi je loceng,semua balik...



Itulah best sekolah hari sabtu...alangkah tiap 2 hari cam tu kat sekolah..hehehe :)
Sekian Terima Kasih daripada Hazyan.

No comments:

Post a Comment