I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Saturday 14 April 2012

LAWAK CIKGU DAN MURID-MURID


LAWAK CIKGU DAN MURID-MURID

Hai semua...hari ni Hazyan nak cerita lawak sikit kepada anda.Walaupun sesetengah yang sudah tahu...ada yang tak tahu jugak,Hazyan nak kongsi dengan lawak ni kat anda..Semoga anda terhibur....


Pada hari persekolahan,waktu pertama ialah BM..Cikgu BM pun masuk kelas,dan murid-murid memberi ucapan....


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu : Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata Usno salah!
Murid-murid: Kami dengar Berjaya betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.


Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka
telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang
lagi.....tamat.

HaHaHa..anda terhibur tidak...Tapi anda jangan lah lakukan perkara ini semasa cikgu marah.....


Saturday 31 March 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012 

Awal-Awal pagi pukul 6 aku dah bangun.Aku fikir nak pergi Merentas Desa ke tak nak...kalau pergi pun bukan menang..tapi aku buat keputusan dengan pergi sekolah sebab bosan duduk rumah...Pukul 7 pagi aku dah gerak pergi sekolah...Masa tu aku tengok langit macam gelap aje..Saya agak mesti hujan.Sampai saja sekolah hujan turun dengan renyai,tapi kitaorang tetap juga lari..Masa datang sekolah,setiap rumah sukan iaitu,Bendahara,Panglima,Laksamana,Kesatria dan Perwira akan jumpa cikgu rumah sukan masing-masing untuk ambil nombor untuk larian...

Lepas semua rumah sukan dah selesai ambil nombor,masa untuk pergi ke pintu gate utama untuk lari.Bila bunyi Hooooonnnnnn....menandakan sudah bermula, aku pun lari bersungguh-sungguh..Sampai je pertengahan aku dah pancit...aku terus je Jalan atau pun Awan Nano..hahahaha..Trek untuk form 1 and form 2 panjang...penat nak lari...Sampai nak dekat sekolah,aku lari laju...walaupun aku tak menang...Bila sampai aje sekolah, kawan aku ajak aku pergi Amcorp Mall.Aku ingat nak dengar pengumuman dulu ..tapi tak apa lah...Bila aku duduk je Kat Amcorp Mall lama,kawan aku pun datang,aku tanya dia rumah sukan mana juara....Dia cakap Perwira tempat 1, Kesatria tempat 2,Bendahara tempat 3,Panglima tempat 4 dan last Laksamana...aku rumah Laksamana..tapi tak ape Laksamana akan tetap tidak putus asa...tahun lepas form 2 kata Juara tahun lepas Laksamana..tapi tak apa lah untuk tahun ni..

Lepas lepak kat Amcorp Mall,pergi Perpustakaan Komuniti...lepas tu pergi Arena...Lepas pukul 3 petang aku balik...tu saja yang aku lakukan time Kejohanan Merentas Desa...

Sekian Terima Kasih daripada Hazyan.

Saturday 24 March 2012

BEST NYA SEKOLAH HARI SABTU...


Best nya sekolah hari sabtu...

Awal-awal pagi keluarga ku sudah bangun....Mereka ada yang pergi ke Ipoh sebab Majlis Perkahwinan Sepupu saya belah bapa saya....saya ingat nak pergi....tapi tak apa lah....sebab saya nak pergi Sekolah Ganti....tapi Sekolah Ganti tu sepatut nya dah ganti tapi semasa hari nak di gantikan ada Majlis Tadrus Al-Quran Peringkat Sekolah...jadi pihak sekolah tukar tarikh ganti sekolah kepada 24/3/2012....

Selepas mereka iaitu Ibu bapa saya,abang dan kakak saya pergi
Ipoh...baru lah saya pergi sekolah.Bila datang saja kat sekolah,rasa macam sikit orang.Tapi saya suka kelas saya sikit daripada sekolah biasa...sebab suasana nya sepi...Selepas datang saja kat sekolah...terus naik kelas.Kat kelas saya iaitu 1 Kuning cuma ada 16 orang saja...tulah saya suka.Waktu pertama ialah BM,Cikgu datang cam garang....tapi masuk je cikgu jadi senyum...Cikgu kata kat kelas 1 Kuning nak belajar apa hari ni...cerpen atau drama...satu kelas pilih drama.Tapi bukan belajar pun,kitaorang belakon,buat drama di dalam kelas...memang best masa tu ramai suka dan seronok buat Drama...Habis bunyi loceng kedua...baru lah MA iaitu mathematics,masa tu lah best sebab boleh fokus...cikgu math pun kata 'Kan best sekolah hari sabtu...boleh fokus, x de bising dan boleh cikgu tolong'...

Habis saja math terus rehat...kantin pun tak ramai senang nak beli makan dan senang nak makan... sebab banyak meja yang kosong.Bila habis je waktu rehat...terus naik kelas....apabila naik kelas...kelas
1 Kuning belajar BI...Cikgu BI pun suka kelas senyap x de bising macam hari persekolahan.Cikgu BI ajar 1 Kuning sekejap lepas tu cikgu bagi kitaorang bercakap...Habis je BI terus AGAMA tapi ustazah x datang cikgu Geografi kita yang Ganti..tapi cikgu tu pun lepas habis agama duduk kelas 1 Kuning sebab subjek GEOGRAFI untuk kelas 1 Kuning.

Kalau kelas agama saya campur dengan murid islam
1 Hijau iaitu kelas bawah 1 Kuning...cikgu pun tak tahu buat apa 2.,lepas tu murid2 suruh cikgu buat kuiz geo antara kelas 1 Kuning dengan 1 Hijau...cikgu pun setuju..bila cikgu bagi soalan kitaorang bersaing...akhirnya 1 Kuning menang...apabila habis AGAMA,terus subjek GEO.Tiba-tiba kelas atas 1 Kuning iaitu 1 Oren datang kelas kitaorang sebab cikgu diorang x datang..jadi cikgu buat lagi sekali kuiz geo antara kelas 1 Kuning dan 1 Oren...akhirnya 1 Kuning memang dengan beza 1 markah dengan 1 Oren.Bunyi je loceng,semua balik...



Itulah best sekolah hari sabtu...alangkah tiap 2 hari cam tu kat sekolah..hehehe :)
Sekian Terima Kasih daripada Hazyan.