I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 14 April 2012

LAWAK CIKGU DAN MURID-MURID


LAWAK CIKGU DAN MURID-MURID

Hai semua...hari ni Hazyan nak cerita lawak sikit kepada anda.Walaupun sesetengah yang sudah tahu...ada yang tak tahu jugak,Hazyan nak kongsi dengan lawak ni kat anda..Semoga anda terhibur....


Pada hari persekolahan,waktu pertama ialah BM..Cikgu BM pun masuk kelas,dan murid-murid memberi ucapan....


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu : Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata Usno salah!
Murid-murid: Kami dengar Berjaya betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.


Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka
telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang
lagi.....tamat.

HaHaHa..anda terhibur tidak...Tapi anda jangan lah lakukan perkara ini semasa cikgu marah.....


No comments:

Post a Comment